Kelas Asas Canva Individu
19 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Canva secara individu. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta untuk membuat kad ucapan secara atas digital. Peserta diperkenalkan dengan aplikasi atas talian iaitu Canva bagi membuat kad tersebut. Melalui aplikasi Canva ini juga, peserta dapat mengolah kad ucapan serta memilih reka bentuk yang telah sedia ada pada aplikasi ini. Peserta turut didedahkan dengan cara menyimpan setelah siap mereka bentuk kad tersebut ke dalam folder fail serta mencetak daripada aplikasi ini. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: