Aktiviti Kembali ke Sekolah

6 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas multimedia asas dengan bertemakan Aktiviti Kembali ke Sekolah untuk membuat poster secara digital. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan lapan orang peserta yang ingin mengisi masa lapang selepas waktu persekolahan. Peserta didedahkan dengan menggunakan Google Image bagi membuat poster mudah dengan slogan ‘Selamat Kembali ke Sekolah’.

Peserta juga diberikan sedikit tunjuk ajar untuk menyunting beberapa bahagian gambar yang diperlukan bagi tujuan membuat poster ini. Peserta turut diajarkan menggunakan beberapa butang pada ribbon seperti font, font size, font colour, text effects & typography, design dan sebagainya. Peserta memberikan kerjasama serta maklumbalas yang sangat baik. Kelas berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali