Personal Coaching for Agropreneur

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan kelas personal coaching bersama Presiden Persatuan Pencetus Usahawan Malaysia (PPUM) untuk menarik minat warga setempat disamping menghasilkan usahawan baru bagi agropreneur. Kelas ini diadakan bagi peserta yang telah mendaftar dengan PPUM dan menjadi ahli pertama untuk mendapatkan khidmat latihan berkaitan cara penanaman hidroponik di Sarawak. Peserta yang terdiri daripada kalangan dewasa yang telah berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan ini telah diberikan latihan secara menyeluruh daripada PPUM untuk menyampaikan serta menjadi pelopor yang akan menyebarkan maklumat kelebihan dan kebaikan tanaman secara hidroponik ini. Peserta turut diajarkan dengan cara membuat website, e-commerce dan banyak lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali