Zoom Online - Asas Microsoft Powerpoint
28 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 27 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas ICT iaitu menggunakan Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin melakukan tugasan yang diperlukan bagi menyiapkan kerja beliau. Peserta diperkenalkan dengan Microsoft PowerPoint yang mana aplikasi ini dapat membantu peserta untuk membuat slaid pembentangan. Kelas ini juga turut diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan StreamYard bagi membantu peserta untuk menyemak cara-cara menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta didedahkan dengan cara-cara menggunakan MIcrosoft PowerPoint dengan memasukkan data seperti membuat slaid atau menambah slaid baharu pada dokumen. Selain itu, petugas menunjukkan kepada peserta dengan menambah fungsi lain di dalam slaid seperti jadual, graf, carta organisasi dan gambar mengikut keperluan yang diperlukan untuk tugasan kali ini. Kelas berlangsung selama dua (2) jam, iaitu bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: