Zoom Online - E-learning School Break II

27 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan sesi pembelajaran secara atas talian. Peserta diajarkan mencari video pembelajaran mengenai topik yang diperbincangkan iaitu ulangkaji Matematik Tahun 6.Peserta juga turut diajarkan cara mencari maklumat seperti latihan Matematik laman carian Google. Tambahan, peserta turut diberikan petua-petua menjawab soalan Matematik. Selain itu, peserta diberikan pendedahan menggunakan kalkulator bagi menyemak latihan tugasan yang diberikan. Kelas ini berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 10:00 pagi dan tamat pada jam 12:00 tengahari. Kelas berlangsung menggunakan aplikasi atas talian iaitu Zoom. Oleh itu, kelas diadakan dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan Wabak Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali