Zoom Online - Asas Multimedia Canva

25 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas multimedia. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang memerlukan khidmat pengajaran untuk mereka bentuk postingan di laman sosial seperti Facebook Page. Selain itu, peserta juga turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi atas talian iaitu laman Canva bagi mereka sebarang bentuk dokumen yang diperlukan seperti poster, logo, kad jemputan dan sebagainya bagi tujuan pemasaran. Di samping itu, peserta dapat menggunakan skil ini kemudian bagi menambahbaik keperluan memasarkan produk di laman sosial yang menjadi laman utama tumpuan pelanggan. Peserta turut diberi pendedahan kepada beberapa fungsi dan kelebihan menggunakan Canva ini dalam perniagaan beliau. Tambahan, kelas ini dijalankan secara atas talian. Kelas bermula pada jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali