Zoom Online - Sesi Perkongsian Klik Dengan Bijak Dan Advo

25 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu sesi perkongsian ringkas berkaitan dengan Klik dengan Bijak dan advokasi. Sesi ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai buli siber, berita palsu, dan berkongsi secara berlebihan. Selain itu, turut dikongsi ialah fungsi laman sesawang sebenarnya.my serta maklumat mobile e-waste. Peserta telah dipertontonkan beberapa video berkaitan bagi menjelaskan lagi situasi yang ingin disampaikan melalui perkongsian ini. Tambahan, peserta turut diberikan taklimat berkaitan dengan fungsi dan kegunaan Pusat Internet Komuniti kepada penduduk setempat selain menyediakan perkhidmatan atas talian. Sesi perkongsian ini berlangsung selama sejam iaitu bermula pada jam 3:30 petang dan tamat pada jam 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali