Zoom Online - Asas Microsoft Excel

24 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas ICT iaitu menggunakan Microsoft Excel. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang memerlukan khidmat nasihat untuk memulakan perniagaan dengan merekod hasil pendapatan harian menggunakan Microsoft Excel. Peserta juga turut didedahkan dengan beberapa kaedah memasukkan data seperti maklumat pekerja dan perolehan syarikat. Peserta juga diajarkan cara menyimpan fail ke dekstop. Selain itu, peserta turut diberikan tunjuk ajar asas penggunaan “font”, saiz “font”, ubah saiz jadual atau “table” mengikut keperluan tugasan. Kelas dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Kelas bermula pada jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali