Zoom Online - E-learning School Break

23 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan sesi pembelajaran atas talian menerusi laman sesawang E-learning yang telah disediakan. Aktiviti seperti ini telah kerap kali dijalankan setiap hujung tahun bagi mengisi masa lapang pelajar pada musim cuti sekolah. Dalam kelas ini, petugas telah menggunakan aplikasi atas talian iaitu Zoom bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta disamping mengekalkan SOP yang telah ditetapkan. Peserta telah diberi tunjuk ajar dalam melayari laman sesawang E-learning dan peserta juga telah diberikan tugasan berbentuk kuiz berpandukan situasi atau topik yang telah disediakan oleh laman sesawang tersebut. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu pada pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari bagi mengisi masa lapang peserta sempena musim cuti sekolah

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali