Zoom Online - Pengenalan Asas SPA9

22 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian individu atas permintaan peserta. Aplikasi zoom atas talian telah digunakan sebagai platform untuk membantu peserta dalam cara-cara untuk mendaftar keahlian pada portal SPA9. Sebagaimana telah dimaklumkan, pihak SPA kini telah menaiktaraf sistem mereka dari SPA8i ke SPA9 yang memerlukan setiap individu untuk mendaftar semula keahlian mereka. Dalam kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar dalam pengisian asas data peribadi ke dalam sistem tersebut. Dalam pada masa yang sama, peserta juga didedahkan dengan syarat-syarat lantikan jawatan mengikut kelayakan yang terdapat pada sistem tersebut. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu pada pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali