Zoom Online - Pengenalan Asas Kepada Shopee Seller Centre
17 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian bagi topik pengenalan Shopee Seller Centre. Kelas ini diadakan menggunakan platform atas talian dengan siaran langsung melalui aplikasi ZOOM. Peserta diberikan pendedahan berkenaan dengan website bagi penjual yang menggunakan Shopee. Kelas ini turut membantu peserta iaitu bakal usahawan untuk memasarkan lagi produk mereka di pasaran tempatan serta di luar negara. Peserta diberikan tunjuk ajar mendaftar masuk akaun Shopee Seller Centre, memasukkan produk ke dalam ruangan yang disediakan dalam senarai maklumat penjual, dan menggunakan ciri-ciri Shopee Seller bagi memasarkan produk mereka. Peserta turut diberikan petua-petua untuk memasarkan produk usahawan menggunakan ciri-ciri yang terdapat pada Shopee Seller Centre ini. Selain itu, peserta turut diajarkan mendaftarkan akaun bank ke dalam sistem Shopee Seller Centre ini. Kelas berlangsung selama dua (2) jam, bermula 8:30 pagi dan tamat pada jam 10:30 pagi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: