Hebahan Langkah Pencegahan daripada Gigitan Nyamuk Aedes
16 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa perkongsian di medium media sosial seperti Facebook page, akaun Instagram, laman Whatsapp Group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Objektif hebahan ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang langkah pencegahan daripada gigitan nyamuk Aedes.
Oleh itu, berikut merupakan langkah-langkah yang dicadangkan untuk mencegah daripada gigitan nyamuk Aedes terutama musim hujan telah datang kembali:-
- Gunakan repellen
- Pakai seluar panjang & baju lengan panjang
- Pasang alat penghalau nyamuk
- Sembur aerosol racun serangga
- Pasang jaring penghalang nyamuk
- Tidur dalam kelambu
- Elakkan berada di luar rumah pada awal pagi (6-8 pagi) atau senja (6-8 malam). Waktu ini adalah waktu puncak nyamuk Aedes mengigit
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
#tidakPeduliMautMenanti
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: