Zoom Online - Sesi Perkongsian Ringkas Kempen Kebebasan Bersuara

14 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu sesi perkongsian ringkas tentang kempen kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Sesi ini diadakan sebelum memulakan kelas atas talian sebagai pendedahan secara ringkas mengenai kempen tersebut dan sekali gus memupuk semangat membanteras penyalahgunaan hak kebebasan bersuara di media sosial. Dalam sesi ini, petugas telah berkongsi beberapa video berkenaan dengan kebebasan bersuara bukan kebasan berbohong dan juga berkongsi serba sedikit tentang laman sesawang seperti Sebenarnya.my iaitu platform utama kepada peserta dalam memastikan kesahihan berita sebelum dikongsikan di media sosial. Sesi perkongsiaan ringkas ini telah dijalankan selama satu jam sahaja dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali