Zoom Online - Kelas Pengenalan Asas Shopee Seller
14 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas pengenalan asas Shopee Seller secara atas talian. Bagi memudahkan urusan latihan dan jadual masa peserta, pihak Pusat Internet Komuniti telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Dalam kelas ini, peserta pada mulanya didedahkan dengan kempen yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini iaitu Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong. Peserta telah diberi pendedahan secara terperinci mengenai kempen tersebut dan sekali gus memupuk semangat membanteras penyalahgunaan hak kebebasan bersuara di media sosial. Peserta seterusnya memulakan slot kelas pengenalan asas Shopee Seller dengan pengenalan terhadap aplikasi Shopee. Dalam kelas tersebut, peserta juga telah diberi pendedahan tentang kelebihan Shopee Seller bagi membantu peserta dalam menjual dan memasarkan produk perniagaan masing-masing. Kelas ini telah berlangsung secara atas talian dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: