Hebahan Tips & Nasihat Persediaan sebelum Banjir
12 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa perkongsian di medium media sosial seperti Facebook page, akaun Instagram, laman Whatsapp Group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Objektif hebahan ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti serta tips dan nasihat persediaan sebelum banjir.
Oleh itu, terdapat tujuh (7) perkara yang harus dilakukan bagi persediaan menghadapi banjir seperti berikut:-
- Selenggara parit/longkang/saliran air supaya tidak tersumbat
- Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditelenggami air sekiranya berlaku banjir
- Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan
- Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa
- Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet
- Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/isyarat-isyarat amaran serta kenalpasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan
Sumber: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia & Jabatan Penerangan Malaysia
#PersediaanSebelumBanjir
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: