School Break : Merdeka ICT Week

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas School Break: Merdeka ICT Week yang melibatkan 5 orang peserta iaitu pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun hingga 11 tahun. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam iaitu dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Tambahan lagi, kelas ini diadakan bagi memenuhi masa lapang para peserta yang sedang bercuti sekolah selama seminggu. Oleh itu, para peserta diminta untuk menggunakan aplikasi Paint bagi menyelesaikan tugasan yang telah diberikan.

Selain itu, peserta diminta untuk melukis dan mewarna bendera kebangsaan Jalur Gemilang menggunakan aplikasi Paint. Peserta berlatih menggunakan tetikus untuk membiasakan sepenuhnya dengan penggunaan tetikus. Di samping itu, peserta diberi tunjuk ajar cara menyimpan tugasan yang telah disiapkan di dalam fail (folder).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali