Bengkel E-Usahawan Coach Noorhisham

11 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kelas E-Usahawan bersama Jurulatih Noorhisham di mana melibatkan 7 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Bengkel e-Usahawan ini menarik peserta yang pertama kali menyertai bengkel ini secara percuma.  Kelas tersebut berlangsung selama 7 jam iaitu daripada jam 9:30 pagi hingga 4:00 petang. Untuk sesi pagi, Jurulatih Noorhisham telah memperkenalkan latar belakang dan tujuan bengkel diadakan. Selain itu, terdapat penerangan ringkas mengenai ciri-ciri usahawan yang perlu diterapkan pada setiap peserta.

Seterusnya, peserta juga didedahkan dengan penggunaan aplikasi Google My Business untuk memperkenalkan perniagaan mereka di laman carian Google. Tambahan lagi, melalui bengkel ini, peserta didedahkan juga cara-cara menggunakan Facebook Page untuk memperkenalkan perniagaan mereka secara digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali