Bengkel E-Usahawan Coach Noorhisham

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kelas E-Usahawan bersama Jurulatih Noorhisham, MDEC di mana melibatkan 20 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Kelas tersebut berlangsung selama 7 jam iaitu daripada jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Untuk sesi pagi, Jurulatih Noorhisham telah memperkenalkan latar belakang dan tujuan bengkel diadakan. Selain itu, terdapat penerangan ringkas mengenai ciri-ciri usahawan yang perlu diterapkan pada setiap peserta. Seterusnya, peserta juga didedahkan dengan penggunaan aplikasi Facebook Page untuk mengiklankan perniagaan mereka secara digital dengan menggunakan klik pada kotak Boost pada Facebook page.

Selain itu, terdapat perkongsian daripada pihak Angkasa Training Centre (ATC) Learning Centres kepada para peserta bagi yang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutama usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka serta menambah pengetahuan tentang perkara asas pengurusan. Tambahan lagi, melalui bengkel ini, peserta didedahkan juga cara-cara menggunakan aplikasi Google My Business untuk memperkenalkan perniagaan mereka secara digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali