Kelas Asas Microsoft Office : Shapes

13 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Disember 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word dengan menggunakan ribbon Insert untuk memasukkan Shapes ke dalam paparan Word yang digunakan. Kelas ini telah diadakan di atas permintaan 10 orang peserta di mana peserta memerlukan kemahiran penggunaan tetitus serta papan kekunci bagi memudahkan peserta menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, peserta didedahkan dengan menggunakan pelbagai bentuk yang terdapat pada Shapes dalam Microsoft Word.

Peserta turut diberikan tunjuk ajar cara menggunakan shapes serta memasukkan maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Seterusnya, peserta juga diberikan beberapa langkah-langkah menyiapkan tugasan menggunakan shapes selain mencantikkan mengikut saiz dan paparan yang diperlukan. Akhir sekali, peserta juga diberikan tunjuk ajar dalam menggunakan butang mencetak pada Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan serta menyimpan maklumat tersebut ke fail (folder) yang mereka buat sendiri. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu daripada jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali