Kelas Asas Microsoft Office : Calculation

14 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Office iaitu Microsoft Excel dengan menggunakan formula tertentu untuk membuat jadual ke dalam paparan excel yang digunakan. Kelas ini telah diadakan di atas permintaan 3 orang peserta di mana peserta memerlukan kemahiran asas menggunakan Microsoft excel untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, peserta didedahkan dengan menggunakan pelbagai cara dan fungsi ribbon yang terdapat pada ribbon home, insert, formulas, data dan sebagainya.

Peserta turut diberikan tunjuk ajar cara menggunakan formula serta memasukkan maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Seterusnya, peserta juga diberikan beberapa langkah-langkah menyiapkan tugasan menggunakan font, alignment dan cells bagi mencantikkan tugasan mengikut saiz dan paparan yang diperlukan. Akhir sekali, peserta juga diberikan tunjuk ajar dalam menggunakan butang mencetak pada Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan serta menyimpan maklumat tersebut ke fail (folder) yang mereka buat sendiri. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu daripada jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali