Kursus Open Office dan Keusahawan (Day 3)

23 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2019, Kursus Open Office dan Keusahawan telah diadakan di Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi anjuran Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak dengan kerjasama Saramedia Global Sdn. Bhd dan Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi. Kursus ini berlangsung selama 3 hari dan dihadiri oleh peserta di sekitar Kuching yang rata-rata mereka adalah usahawan tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka secara digital. Pada hari terakhir kursus, peserta telah didedahkan dengan pemasaran produk secara digital dengan menggunakan Facebook.

Peserta juga diberi tunjuk ajar dalam menggunakan Facebook Ads dan juga tips “Copywritting” untuk meningkatkan hasil jualan perniagaan masing-masing. Kursus ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian sijil yang telah disampaikan oleh Cik Querine wakil dari Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak bersama Saramedia Global Sdn. Bhd. Semoga semua peserta kursus mendapat manfaat dan ilmu sepanjang kursus dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali