Kursus Open Office dan Keusahawan (Day 2)

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2019, Kursus Open Office dan Keusahawan telah diadakan di Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi anjuran Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak dengan kerjasama Saramedia Global Sdn. Bhd dan Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi. Kursus ini berlangsung selama 3 hari dan dihadiri oleh peserta di sekitar Kuching yang rata-rata mereka adalah usahawan tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka secara digital. Pada hari kedua kursus, peserta telah didedahkan dengan tips pengolahan rancangan perniagaan secara berperingkat. Peserta juga diberi tugasan untuk menyiapkan rancangan perniagaan masing-masing dan pembentangkan tugasan tersebut untuk dinilai oleh penceramah iaitu Encik Saifudin Sham.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali