Kursus Open Office dan Keusahawan (Day 1)
21 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2019, Kursus Open Office dan Keusahawan telah diadakan di Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi anjuran Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak dengan kerjasama Saramedia Global Sdn. Bhd dan Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi. Kursus ini berlangsung selama 3 hari dan dihadiri oleh peserta di sekitar Kuching yang rata-rata mereka adalah usahawan tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka secara digital. Pada hari pertama Kursus, peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada perniagaan termasuk tips untuk menyediakan Rancangan Perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: