Taklimat Ringkas KDB & Advokasi GIATMARA Stampin

24 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi berkolaborasi dengan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya dan Pusat Internet Taman Dahlia telah mengadakan taklimat Klik dengan Bijak! (KDB) dan advokasi yang bertempat di GIATMARA Stampin, Kuching. Taklimat ringkas tersebut telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Taklimat tersebut dihadiri oleh 83 orang pelajar dan juga 3 orang tenaga pengajar. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti pengenalan pusat internet, tayangan video klik dengan bijak, kempen check your label, dan kempen e-waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali