Kelas E-Learning : Story Telling & Word Search

6 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning diatas permintaan peserta iaitu berbentuk penceritaan dan mencari perkataan dalam Bahasa Inggeris. Seramai 6 orang peserta daripada pelajar sekolah yang tinggal di flat PPR Taman Sri Wangi telah terlibat dalam kelas ini. Kelas ini diadakan bagi memenuhi masa lapang peserta semasa cuti persekolahan. Selain itu, peserta diminta untuk membaca cerita dongeng daripada salah satu laman sesawang yang menyediakan bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris.

Setiap peserta diberikan tunjuk ajar cara menyebut setiap kali terdapat perkataan baru. Di samping itu juga, peserta menggunakan interactive whiteboard untuk menyelesaikan pencarian perkataan yang diperlukan. Sepanjang kelas, peserta menunjukkan minat dan menyelesaikan tugasan dengan baik. Kelas bermula pada jam 2:30 petang dan tamat pada jam 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali