Kelas E-Learning : Speed Typing Practice

6 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning di atas permintaan peserta yang terdiri daripada 10 orang peserta. Peserta ini adalah daripada kalangan pelajar sekolah. Peserta diberikan masa latihan untuk mempraktikkan cara-cara menaip dengan lebih lancar. Peserta juga diberikan beberapa latihan menaip pelbagai bahan terutama dalam Bahasa Inggeris selama 30 minit bagi setiap sesi.

Peserta menunjukkan peningkatan kelajuan menaip daripada kelas sebelumnya. Oleh itu, kelas ini akan didiadakan secara berkala bagi memastikan peserta dapat memajukan diri dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan lancar. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu daripada jam 9:30 pagi dan tamat pada jam 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali