Slot Peluang Perniagaan Simkad

27 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan kelas bagi slot peluang perniagaan simkad daripada Jurulatih Ainnie Bin Omar daripada Tone Group yang berlangsung selama 2 jam. Ia melibatkan 10 orang peserta yang berlainan latar belakang. Slot ini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan simkad daripada sekitar Taman Sri Wangi serta untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada pengguna untuk menjana pendapatan secara pasif menggunakan simkad tersebut.

Peserta juga didedahkan dengan kelebihan menjadi ahli Tone Wow. Antaranya adalah perniagaan ini boleh diwarisi, mempunyai pencen serta bonus tahunan dan lain-lain. Tambahan lagi, PI juga turut mengambil sedikit masa bagi menerangkan berkenaan dengan Peralihan Siaran TV Analog kepada Siaran TV Digital serta mengedarkan risalah tersebut kepada peserta. Kelas bermula pada jam 2:30 petang dan tamat 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali