Slot Peluang Perniagaan Simkad

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan kelas bagi slot peluang perniagaan simkad daripada Jurulatih Ainnie Bin Omar dan Hanif Tozen daripada Tone Group yang berlangsung selama 2 jam. Ia melibatkan 25 orang peserta daripada sekitar Taman Sri Wangi. Slot ini dibuka kepada penduduk sekitar bagi mendedahkan dan memberi peluang untuk menjana pendapatan secara pasif menggunakan simkad tersebut. Peserta juga didedahkan dengan kelebihan menjadi ahli Tone Wow. Antaranya adalah perniagaan ini boleh diwarisi, mempunyai pencen serta bonus tahunan dan lain-lain. Kelas bermula pada jam 2:30 petang dan tamat 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali