Slot Peluang Perniagaan Simkad

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi dengan kerjasama Jurulatih Razylino daripada Tone Group telah mengadakan slot Peluang Perniagaan Simkad yang melibatkan 5 orang peserta daripada Kuching. Slot ini telah dibuka untuk memperkenalkan kepada peserta untuk menjana pendapatan secara pasif yang bermula pada jam 10:00 pagi. Peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi myWOW di Google Playstore di telefon bimbit serta kelebihan menjadi ahli simkad tersebut dengan mendaftar. Selain itu, pelbagai peluang yang disediakan kepada peserta untuk menarik minat peserta menjadi ahli. Slot ini tamat pada jam 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali