Kelas Microsoft Word (Sampul Raya)

26 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Microsoft Word (Sampul Raya), di mana peserta telah menghasilkan sampul duit raya dengan mudah dan ringkas sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Dapat memupuk dan mendorong para peserta untuk mempelajari cara-cara menghasilkan sampul hari raya.

Mendorong para peserta untuk mendalami bidang keusahawanan sejak dari bangku sekolah lagi dengan menghasilkan sampul duit raya sendiri. Melalui aktiviti ini juga dapat melihat kreativiti para peserta dalam menghasilkan sampul duit raya. Aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada ahli sejajar dengan usaha untuk memaksimumkan kemudahan dan aktiviti yang disediakan oleh Pihak Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali