Mini Bengkel Mengenalpasti Kerosakan Komputer Siri I

5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas mini bengkel bagi mengenalpasti kerosakan komputer untuk siri pertama. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 2:30 petang. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang terdiri daripada 8 orang pelajar sekolah. Mulanya, peserta diberi pendedahan tentang masalah-masalah yang pernah dihadapi semasa menggunakan komputer sama ada di sekolah atau di rumah.

Beberapa penerangan diberikan kepada peserta seperti beberapa situasi contohnya monitor komputer mengeluarkan warna biru atau hitam sepenuhnya, komputer menghasilkan bunyi yang bising, memori penuh, komputer terlalu perlahan (lagging) dan sebagainya. Di dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan mengenalpasti beberapa simptom-simptom kerosakan komputer dan tindakan yang perlu diambil secara teori. Peserta akan didedahkan dengan perkakasan komputer pada mini bengkel seterusnya. Kelas tamat pada jam 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali