Kuiz Kahoot Kemerdekaan

22 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kuiz Kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi Kahoot. Peserta yang terlibat adalah seramai 6 orang daripada pelajar sekolah dari sekitar kawasan perumahan PPR Taman Sri Wangi. Kuiz kemerdekaan ini berkisar dengan sejarah kemerdekaan, tarikh-tarikh penting dalam pergerakan kemerdekaan serta peristwa penting selepas kemerdekaan Malaysia tercapai.

Sesi kuiz dijalankan dengan memberi sedikit maklumat berkaitan dengan soalan yang diberikan yang bertujuan untuk pembelajaran serba sedikit pembelajaran sejarah pembentukan Malaysia. Selain itu, sesi kuiz juga dijalankan selama 1 jam 40 minit untuk sesi soal jawab dan 20 minit untuk sesi debrief aktiviti yang dijalankan iaitu dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali