Pesta Telaga Air – MPP 2019

26 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 & 25 November 2019, Pusat Internet Telaga Air telah menjemput Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi untuk menyertai Pesta Telaga Air yang telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Padawan bagi membuka gerai (booth) untuk memperkenalkan pusat internet serta fungsinya kepada penduduk sekitar serta pengunjung yang datang dari pelbagai daerah. Pada hari berkenaan, Pusat Internet didatangani oleh pengunjung tempatan dan sempat mendaftar untuk menyertai ekelas yang dianjurkan di Pusat Internet Telaga air.

Yang turut datang singgah ke gerai Pusat Internet adalah Timbalan Pengerusi MPP, iaitu Cr. Dato’ Ahmad Dato’ Sri Ibrahim. Di samping itu, sepanjang gerai dibuka, pengunjung yang datang didedahkan dengan pengenalan myfreeview tv. Hal ini kerana banyak pengunjung yang layak untuk mendapat decoder secara percuma yang telah diwarwarkan oleh kerajaan serta penerangan bagi membolehkan mereka untuk menuntut decoder berkenaan. Ada juga pengunjung yang datang pada hari berkenaan bagi mendapatkan penerangan cara pemasangan decoder berikut. Program berlangsung daripada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali