Kelas Microsoft Office Individu

7 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Kelas ini telah diadakan di atas permintaan peserta di mana peserta diberikan tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi Word untuk menyiapkan tugasan beliau iaitu membuat surat rasmi kepada badan kerajaan.

Selain itu, beliau juga diberi tunjuk ajar serta diperkenalkan kepada butang-butang tertentu pada butang ribbon Word untuk mengemaskan lagi hasil tulisan surat rasmi beliau. Setelah itu, beliau diajarkan cara mencetak surat berkenaan. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali