Kelas Microsoft Word Individu

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kelas Microsoft Word secara individu diatas permintaan peserta. Peserta didedahkan dengan cara mencari gambar-gambar berkaitan dengan keperluan membuat kerja dengan menggunakan laman carian Google. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara menyimpan gambar yang dikehendaki ke dalam fail (folder).

Setelah itu, gambar-gambar berkenaan pula disimpan di dalam Microsoft Office Word untuk dijadikan lampiran laporan kerja. Akhir sekali, peserta telah diberi pendedahan dengan cara menyimpan dokumen tersebut di Desktop dan mencetaknya dari aplikasi Microsoft Word. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali