Kelas Multimedia Asas : Online Coloring

22 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas multimedia asas di atas permintaan peserta yang terdiri daripada 10 orang peserta. Peserta ini adalah daripada kalangan pelajar sekolah. Peserta diberikan penerangan mengenai penggunaan multimedia seperti mewarna secara atas talian dan mencetaknya kemudian. Peserta diberikan masa untuk menyiapkan tugasan mewarna.

Selain itu, peserta turut diberikan tunjuk ajar untuk mengenali fungsi-fungsi butang yang terdapat pada laman sesawang yang digunakan untuk mewarna. Peserta juga didedahkan dengan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memudahkan tugasan mewarna sekiranya memerlukan mereka untuk menghias serta menggambar bilik tidur, meja belajar atau sebarang aktiviti yang memerlukan kreativiti mereka pada masa akan datang. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 2:30 petang dan tamat pada jam 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali