Kelas Microsoft Office Word (Individu)
27 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 MEI 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Microsoft Office Word Individu atas permintaan peserta. Peserta telah diberi tunjuk ajar dalam cara menggunakan table untuk menyusun beberapa gambar berkaitan dengan subjek Geografi. Peserta juga diberi bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus sekolah mengikut format yang betul termasuk penggunaan line spacing, font, bullet and numbering dan lain-lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: