Kelas Microsoft Word (Individu)

12 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Februari 2019, atas permintaan peserta, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Microsoft Word Individu untuk modul asas. Dalam modul asas ini, peserta yang tidak pernah sama sekali menggunakan Microsoft Word didedahkan dengan fungsi aplikasi tersebut dan juga beberapa butang asas mudah.

Peserta juga diberi tugasan untuk menaip satu karangan ringkas di mana karangan tersebut mengandungi beberapa arahan sebagai contoh menukar font, saiz, penukaran line spacing, underline, bold, italic dan juga alignment.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali