Kelas Asas Website

21 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website di atas permintaan peserta yang terdiri daripada 6 orang peserta. Peserta adalah daripada kalangan pelajar sekolah yang tinggal berdekatan dengan Flat Taman Sri Wangi. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kegunaan dan fungsi asas website. Selain itu, peserta diberikan pendedahan perbezaan website page, website domain dan laman website yang terdapat pada laman sesawang bagi memudahkan peserta untuk memahami asas-asas pembuatan website. Peserta seterusnya diberikan pendedahan tentang beberapa website yang mudah dan percuma untuk membuat website sendiri.

Tambahan lagi, peserta turut diberikan beberapa teknik-teknik untuk memudahkan peserta membuat website sendiri serta penjenamaannya. Website yang digunakan untuk kelas ini adalah free hosting bagi permulaan membuat penjenamaan produk atau perkhidmatan pada website yang disediakan. Di samping itu juga, peserta turut mempelajari asas website bagi kegunaan pada masa akan datang terutamanya yang ingin membuat perniagaan atas talian dengan menggunakan free hosting website yang diperkenalkan sepanjang pembelajaran ini. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 2:30 petang dan tamat pada jam 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali