Kelas Asas Website : Padlet

14 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website iaitu penggunaan padlet. Kelas ini diadakan diatas permintaan daripada 3 orang peserta yang ingin memenuhi jadual musim cuti persekolahan. Peserta didedahkan dengan penggunaan padlet yang lebih kurang sama fungsinya dengan blog lain. Ia juga boleh digunakan untuk proses pembelajaran dan pengajaran.

Selain itu juga, peserta didedahkan dengan cara-cara menggunakan padlet, cara padlet berfungsi seperti memuat turun maklumat, gambar dan sebagainya ke padlet. Peserta turut diberikan masa untuk memuat turun tugasan yang diberikan bagi melatih peserta untuk mengenali cara mengendalikan padlet seperti blog atau website peribadi. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu daripada 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali