Kelas Asas Microsoft Office
12 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 September 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Office iaitu Microsoft Word. Kelas ini telah diadakan di atas permintaan peserta yang terdiri daripada 8 orang iaitu dari umur 9 tahun hingga 17 tahun. Kelas bermula pada jam 2.30 petang. Peserta telah diminta untuk menyiapkan tugasan pertama iaitu menaip satu surat rasmi untuk pihak sekolah. Peserta didedahkan dengan cara penggayaan (format) penulisan menggunakan Microsoft Word seperti font, font size, font colour, alignment, change case dan line & paragraph spacing. Setelah itu, peserta diajarkan cara menyimpan file di dalam folder di desktop.
Kemudian, peserta diberikan tugasan kedua, iaitu membuat jadual bertugas menggunakan Microsoft Word juga. Peserta didedahkan dengan menggunakan table untuk menyiapkan jadual bertugas tersebut. Di samping itu, peserta juga diberikan tunjuk ajar cara menggunakan table melalui layout dan design yang terdapat pada aplikasi Microsoft Word. Peserta diajarkan cara memasukkan gambar-gambar yang boleh dicari di aplikasi carian Google untuk mencantikkan lagi jadual tersebut. Kelas tamat pada jam 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: