Kelas Asas ICT

4 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas ICT. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 2:30 petang. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang terdiri daripada 3 orang pelajar sekolah rendah yang ingin membuat akaun Gmail bagi mendaftar sebarang aplikasi yang memerlukan peserta untuk daftar log masuk.

Selain itu, peserta diberi penerangan tentang kegunaan Gmail pada masa akan datang terutama untuk menghantar sebarang mesej atau surat secara atas talian. Sepanjang program, peserta juga didedahkan dengan beberapa butang yang terdapat pada Gmail seperti kotak compose, inbox, draft, sent, spam dan trash. Seterusnya, para peserta juga diperkenalkan dengan kegunaan butang hangout untuk membuat seminar secara atas talian. Kelas tamat pada jam 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali