School Break : ICT Revision

12 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan aktiviti school break : ICT Revision bersama-sama 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan bagi memenuhi masa lapang para peserta semasa musim cuti persekolahan. Kelas ini telah diadakan bagi mengulangkaji kelas-kelas yang telah diadakan sebelum ini serta mengimbas kembali pembelajaran sepanjang bersama dengan Pusat Internet. Peserta diberikan sedikit penerangan mengenai asas pengetahuan komputer seperti input, output, pemprosesan dan storan yang pernah diajarkan sebelum ini.

Pengetahuan ini penting kepada peserta kerana ini dapat menjadi titik tolak kepada peserta untuk menghadapi masa akan datang sama ada untuk membuat latihan atau tugasan sekolah atau menghadapi pekerjaan kelak. Tambahan lagi, peserta turut diberi pendedahan dan pihak pusat internet terus menerus untuk mengikuti perkembangan kelancaran latihan yang pernah dijalankan di pusat internet. Kelas berlangsung selama 2 jam, iaitu bermula pada jam 2:30 petang hingga 4:30 petang. Peserta juga memberikan kerjasama yang baik serta kelas berjalan dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali