Bengkel Google Business & Shopee Kluster Bau

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Kpg Pasir Pandak mengadakan Bengkel Google Business & Shopee untuk staf PI Kluster Bau. Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada Google Business dan juga Pengenalan Asas kepada perniagaan digital Shopee. Peserta adalah Penolong Pengurus untuk setiap PI Kluster Bau.

Bengkel tersebut berlangsung bermula dari 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar dalam beberapa tips untuk perniagaan menggunakan website Shopee termasuk tips pengambilan gambar produk dan juga menggunakan Microsoft Excel yang telah disediakan oleh pihak Shopee untuk memuatnaik produk jualan ke website Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali