Bengkel E-Usahawan Coach Noorhisham

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Bengkel E-Usahawan bersama Jurulatih Noorhisham daripada MDEC. Bengkel diadakan selama 7 jam yang bermula dari jam 9:00 pagi. Melalui bengkel ini, peserta didedahkan dengan beberapa modul berkaitan dengan aplikasi untuk memperkenalkan perniagaan secara digital melalui. Antara modul yang diketengahkan adalah seperti Copywriting, aplikasi Google My Business dan Facebook page.

Selain itu, seramai 35 orang peserta yang mempunyai pelbagai latar belakang telah menyertai bengkel ini atas anjuran MDEC. Seterusnya, peserta juga ditunjuk ajar secara terus cara-cara menggunakan aplikasi Google My Business, Facebook Page, copywriting dan Whatsapp Business. Tambahan lagi, peserta juga diminta untuk mengemaskini maklumat didalam aplikasi tersebut sebagai platform pertama untuk mengiklankan perniagaan mereka secara digital. Sepanjang bengkel berlangsung, pihak Angkasa Training Centre (ATC) telah membuat sedikit taklimat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan kepada para bakal usahawan dan usahawan sedia ada. Selain itu, pihak CIMB Bank juga telah membuka kaunter bagi memudahkan para peserta atau komuniti sekitar yang ingin membuka akaun bank. Akhir sekali, bengkel tamat pada jam 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali