Bengkel Pensijilan Halal

30 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan bengkel pensijilan halal yang berkolaborasi bersama pihak Jabatan Agama Islam Kuching dan RISDA. Bengkel ini lanjutan daripada pada hari sebelumnya untuk meneruskan pendaftaran produk di laman sesawang yang diberikan oleh jurulatih.

Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan penggunaan pendaftaran senarai bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk makanan mereka di laman tersebut bagi tindakan lanjut oleh pihak Jabatan Agama Islam, terutama Bahagian Hab Halal iaitu salah satu proses yang terlibat untuk penganugerahan logo halal. Selain itu, peserta juga diberikan beberapa pendedahan lain seperti penjagaan produk makanan yang disediakan, tempat penyediaan makanan dan lain-lain bagi memproses penganugerahan logo halal pada produk makanan mereka. Kelas juga berlangsung selama 8 jam untuk memudahkan jurulatih mengajarkan individu yang memerlukan latihan khusus. Kelas bermula pada jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali