Bengkel Pensijilan Halal

29 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan bengkel pensijilan halal yang berkolaborasi bersama pihak Jabatan Agama Islam Kuching dan RISDA. Bengkel ini diadakan bagi memperkenalkan kepada usahawan cara-cara mengendalikan gerai-gerai, restoran dan pembuatan makanan terutamanya penekanan kepada konsep halal itu sendiri.

Peserta yang terdiri daripada 15 orang dari pelbagai daerah seperti Kuching, Samarahan, Miri dan Lawas. Selain daripada itu, peserta juga diberikan taklimat ringkas mengenai penggunaan website yang telah ditunjuk ajar sepanjang program berlangsung serta pengetahuan asas dalam pengendalian makanan secara halal mengikut spesifikasi bahagian Hab Halal daripada Jabatan Agama Islam. Kelas berlangsung selama 8 jam iaitu daripada 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali