Bengkel Asas Mekap

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Bengkel Asas Mekap yang dikendalikan oleh Puan Nurulainiza. Bengkel ini bertujuan untuk membantu komuniti setempat yang meminati bidang ini untuk lebih mendalami asas Mekap yang juga boleh memupuk komuniti dalam menceburkan diri dalam bidang perniagaan Servis Mekap. Bengkel ini berlangsung selama 3 jam bermula 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Peserta yang menghadiri bengkel ini rata-rata komuniti di sekitar Kuching. Di penghujung bengkel ini, peserta telah diberi sijil penyertaan sempena tamat bengkel asas Mekap dan beberapa hadiah kepada pemenang yang memenangi mekap paling kemas dan cantic.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali