Bengkel TTT KDB & Advokasi PI Kluster Kuching 2019 (Sesi Pengurus)

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2019, Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan Bengkel TTT KDB dan Advokasi bertempat di Bilik Latihan PI PPR Taman Dahlia. Staff yang telah menyertai bengkel ini terdiri daripada Pengurus Pusat Internet Kluster Kuching iaitu PI PPR Taman Sri Wangi, PI PPR Taman Malihah, PI Taman Sepakat Jaya, PI Kpg Telaga Air, PI Kpg Pasir Pandak, PI Bako, PI Kg Quop, PI Brang Bayur, PI Bengoh dan PI Kg Darul Islam Belimbing.

Sepanjang program ini, peserta telah didedahkan dengan panduan untuk memberi ceramah ringkas berkenaan KDB dan Advokasi dengan menggunakan slides dan video yang berformat baru. Selain itu juga, pengerusi Kluster Kuching mengambil peluang ini untuk membincangkan perancangan terbaru dalam membangunkan Page “Menarik Di Kuching”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali