Pengenalan Asas Komputer Siri 1

7 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan bengkel Pengenalan Asas Komputer Siri 1 bagi memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada 10 pelajar sekolah. Hal ini membolehkan mereka untuk untuk mengenalpasti beberapa komponen asas yang terdapat pada komputer pada dasarnya.

Selain itu, peserta diberikan pendedahan terhadap komponen input komputer seperti tetikus, papan kekunci dan sebagainya untuk membandingkan perkakasan tersebut secara berwayar atau tanpa wayar. Tambahan lagi, peserta turut diperkenalkan dengan komponen asas output yang menjadi punca utama kepada perolehan hasil daripada penggunaan komputer. Kelas berlangsung selama 3 jam iaitu bermula 2:00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali